Thursday, 30 January 2014

Trip to Kuantan & Gambang. Here We Come! (Day 1)

Cuti akhir tahun 2013 masih banyak lagi. Apa lagi terfikirlah nak merancang percutian yang banyak kali tertangguh rasanya..Kami pergi tak lama.2D1N. Walaupun hujan 1 hari tak berhenti bayangkan...kami tetap enjoy percutian yg dirancang menjadi!!!
        

Perjalanan ke Kuantan hanya memakan masa 3 jam. Kami tak singgah mana pun sepanjang perjalanan..memang bajet time. Nak check-in hotel dulu. Lepas tu baru melantak. Hotel pilihan kami. Hotel Bajet sbb bukan 24 jam pun kami stay kat hotel. Hanya cari tempat utk tidur & yg penting selesa. Duit lebih yang ada bolehlah jalan2 cari makan atau beli ole-ole. Lagi bagus. Yang bagusnya Kosma Hotel ni walaupun Hotel Bajet. Nak parking pn senang & paling penting ada wifi free & Astro. Sangat dekat dgn bandar & hanya 

- 5 minit ke Megamall
- 5 minit ke Tanjung Lumpur
- 5 minit ke Pantai Teluk Chempedak
- 5 minit ke Zoo Teruntum

Layari http://www.kosma.com.my/hotel/budget.html maklumat lanjut. Kami booking melalui email & terus bayar pakai maybank2u. Ambil 1 bilik Standard Room (Melati) ~ 1 katil Queen RM55 & 1 bilik Family Room (Orchid) ~ 2 katil Queen RM95.  Toilet pun selesa.

Kosma Budget Hotel
Telephone: +609-5162214
Fax Line: +609-5145770
Email: budget@kosma.com.my

Alamat 
No. 59, Jalan Haji Abdul Aziz,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Selesa sangat..

Standard Room (Melati)
Family Room (Orchid)








Kami ke Pantai Teluk Chempedak selepas itu. Ingat nak merasa keenakan Hoi Yin Curry Laksa kat Jalan Teluk Chempedak tu. Tapi ramai sangat orang. Tempat duduk pun penuh & masih ramai lagi orang berdiri mencari tempat. So, lupakan. Kononnye nak mandi tapi biasalah kalau dah pergi bulan Disember kan musim tengkujuh. Dari jauh siap nampak bendera merah. So faham sendirilah masing-masing. Kami cuma ambil kesempatan bergambar dekat batu-batu kat situ dan beli ole-ole kenangan.
Disebabkan ambil gambar pak cik bagi diskaun fridge magnet
Ada peristiwa kat medan selera kat sini. Gerai 3 dari kiri. Wahai mak cik yang "budiman" kami tahu ni tempat pelancongan tapi kalau sekadar makan nasi berlauk hanya utk 5 orang takkan sampai RM50. Bila minta tgk kertas kecil yang die konon-konon conteng masa kire harga. Kertas sememangnye kosong. Pandainye berlakon & ambil kesempatan. Makanan serius biase je. Sebab kelaparan 1 kepala hanya ambil 2 lauk - sayur @ ikan/ayam goreng. takkan la sampai RM50. Air pn ambil air biaselah teh o'ais dll. Disebabkan peristiwa tu kami terus angkat kaki tak ada mood & terus balik ke hotel sbb nak sambung aktiviti petang nnt.

Port batu-batu kat Teluk Chempedak yang harus ada kenangan

Antara tarikan di sepanjang pantai
Setelah 4 jam berehat, kami bergerak ke Warong Paksu & Maksu arah ke Tanjung Lumpur & betul-betul berhampiran dgn Balai Polis Peramu. Fully recommended :) & dinasihatkan pergi awal. Kami datang pukul 3 pun sotong goreng tepung dah habis :(  Warung yang selesa utk bersantai sambil minum petang bersama keluarga. Ada laksam, nasi berlauk, pelbagai jenis kuih muih, air kelapa dan....dan yang paling best ada sotong, udang, ikan celup tepung. Fresh! Layan gambar baru tau..

Kalau nampak kereta berhenti parking tepi jalan
& nampak signboard ni. Dah betul tu.
Tengah menunggu udang & ikan goreng tepung
panas keluar dari kuali. Kalau tak tunggu depan ni.
Memang susahlah nak dapat!
Antara menu yang ada.
Ada pelbagai jenis. Datang sendiri nak senarai panjang beno!
Ini kami punya! Nak bagitau sata tu memang terbaik. Cuma pulut panggang
tu tak kena dgn tekak kami
Malam tu perut kami masih boleh diisi. Memang lapar tak taulah kenapa..hahahaha..Kalau ke sini tak lengkap kalau tak pekena ikan bakar & seafood. Apalagi kami ke Ana Ikan Bakar Petai yang glamour kat Tanjung Lumpur tu..Nasib baik kami sampai lepas maghrib & org tak ramai..Nak parking pun senang..order pun cepat sampai...tapi kalau sampai kat sini musim tengkujuh pilihan tak banyak sangat..tapi tak apa sebab ikan bakar kat sini 'rare'..Kami suka!!!Harga pun boleh tahan..

Dari Kuantan nampak signboard di seberang kanan jalan
Tengok sotong giant ni...terliur pulak :)
Muke masing2 lapar mengatasi mengatuk :o
Menu pilihan kami :

Ikan Siakap Bakar Petai...memang rare & terbaiikkkkkkkk!!!!!
Lala Masak Pedas
Kailan Ikan Masin
Sotong Masak Kicap. Semua bercili kan?
So, kami ambil menu biasa tapi rasa yang istimewa
Abaikan yg sudah terlena dibuai mimpi di pangkuan...Dan kesudahannya --------------------------------------------------------------------------------------------->

Selesai.!!!!Licin!!!
Nur Dayana (Anak Wayang) yang
berlakon Drama Selipar Jepun Suria
  kat Astro Prima 
Siap kata nak ambil gambar bayo dulu.
Baru boleh? ~Abby Yus
Hujan masih belum reda malah bertambah lebat.... Maka kami pun nak berangkat balik..Ternampak pulak 2 artis ni. Dorang ni sibuk nak bergambar layankan aje. Disebabkan mata macam ada gam, kami redah juga hujan yang terlampau lebat yang nampak gaya tak akan reda & seterusnya lena diulit mimpi...


Bersambung....
Trip to Kuantan & Gambang...Here We Come! (Day 2) 

No comments:

Post a Comment