Thursday, 5 June 2014

Sewa Balang Kaca (Candy Buffet)


Saiz : Lebar ~17cm / Tinggi~27cm
Harga Sewa : RM15 1 balang
Security Deposit : RM30 
Tempat collect : Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Ampang, Cheras dan kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang

Berminat? Emel : jairamli83@gmail.com / HP : 012-2236189 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, 5 March 2014

Sewa Kamera Instax Mini 8

Apa itu kamera instax? Ia merupakan kamera yang mampu mencetak gambar serta merta sejurus gambar diambil. Sesuai digunakan di photo booth majlis hari jadi, majlis perkahwinan dll. Terpulang pada kreativiti anda! Boleh juga dilekatkan di dalam guestbook sebagai kenangan.

Fujifilm instax mini 8 

Instax Mini 8 lebih ringan dan menggunakan 2 bateri saiz AA. Filemnya bersaiz 62 x 46mm. Ia sangat mudah dipegang. Jarak fokus kamera ini dari sehingga 0.6m. Istimewanya Instax Mini 8 mempunyai Auto-Detect setting di mana kamera ini akan bertindak secara automatik untuk menentukan cahaya yang terbaik untuk mengambil gambar. Untuk gambar yg lebih terang, hanya tukar setting Hi-key yg terdapat di kamera ini, Memang tak sama hebatnya dgn DSLR tapi kamera ini masih mempunyai keistimewaan dan value yg tersendiri.

Harga Sewa : RM50 untuk kemera instax sahaja (Pakej ini tidak termasuk bateri dan filem. Boleh beli secara online / kedai kamera / kedai gambar)
Safety & Booking Deposit : RM100 (Akan dipulangkan jika kamera dalam keadaan baik)
Lokasi : KL/Selangor sahaja
Tempat untuk collect kamera : Gombak, Setapak, Wangsa Maju, Ampang, Cheras dan kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang 

Emel : jairamli83@gmail.com / HP : 012-2236189 untuk keterangan lanjut.


Tuesday, 4 February 2014

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Selepas destinasi Kuantan & Gambang, kami ke destinasi terdekat iaitu Taman Rama-Rama Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kepesatan Ibu Kota Kuala Lumpur di Jalan Cenderasari. The Kuala Lumpur Butterfly Park is located right behind the Masjid Negara. Bayaran masuk hanya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Kami ke sana selepas habis event larian di Padang Merbuk.


Bagi kami, hanya orang-orang yang menyukai serangga akan teruja bila melawat ke tempat ni. Rasanya tak terfikir bentuknya yang pelbagai. Terasa keindahan ciptaanNya. Bagi yang bawa anak-anak kecil, tak disarankan bawak stroller ya! Tempatnya agak berbukit & tak rata. 
Mula-mula nak pegang, lepas tu....
Uweeekkkkk......mama.... :'(

Di bhgn tengah taman ni ada kolam yg buat 
si kecil teruja!
Kuntuman bunga ni disembur dgn 10%
madu + 90% air sbg makanan tambahan kpd
rama-rama dewasa sekiranya berlaku
kekurangan manisan asli dari bunga hidup
Dah alang-alang sampai ke sini, kami teroka segala genap kawasan yg ada. Dah nama pun berjalan kan?Pandangan nan hijau dari atas amat memukau pandangan kami. Hilang segala tekanan yang ada bila lihat indahnya kehijauan & ciptaan Tuhan yang ada di sini. 
Tengok! Terujanya dia. Rama-rama yg ada di sini pelbagai warna & spesies
Hijau kan?
Bapa yg terlebih teruja dari anak 
Disebabkan balik dari event larian, pakaian
kami mcm nak ber'jogging'
Bukan sahaja rama-rama malah pelbagai jenis serangga dan haiwan yang ada kat sini. Landskap kat taman ni tak mengecewakan sebab kami adalah pecinta alam semuladi.

"Abah, ni..ni...dia pelik sebab selalu tengok nyanyau (kucing)
Kura-kura tu pun pelik tengok dia...hahahaha..
Ok..kalau bunga saya suka! Sebab saya gegurl!
Ni macam port berehat..tapi dia ingat playground
Selepas melawat kawasan luar, kami memasuki ruang pameran yang ada pelbagai jenis serangga dan haiwan eksotik. Tapi tak ambil gambar sebab sangat teruja (sebenarnya geli) sebab pelik-pelik jenis & rupanya. 

Dan semestinya fridge magnet sebagai kenangan di akhir lawatan sambil belajar yang agak singkat tapi pelbagai ilmu dan pengalaman yang tak dapat kami lupakan.
Mama, yg rupa mcm ni pn ada. Mungkin itu
yg dia fikirkan.
Orang cari fridge magnet. Dia sibuk nak
try yang ni.



Thursday, 30 January 2014

Trip to Kuantan & Gambang. Here We Come! (Day 2)

Hujan masih tak berhenti lagi dari semalam. Agaknya tak lama lagi air naik ni. Nampak gaya memang tak akan berhenti. So, kami decide keluar check-out lebih awal sebab banyak misi nak diselesaikan. Takut terkejar-kejar. Ya, misi mencari keropok lekor bermula. Pilihan kami Keropok Lekor Ghani Black. Memang tak mengecewakan sbb lebih isi ikan berbanding sagu. Sampai seminggu simpan dlm freezer pn rasanya masih mengancam. Fully recommended :). Dari kuantan ke Jalan Tanjung Lumpur - Peramu. Landmarknya adalah di bhgn kiri jalan yg terdekat adalah berhampiran Pasar Peramu. Most people say that "Kepok lekor kat sini memang yg paling best kat Kontan".


Signboard ni agak ke dalam baru nampak melalui Pasar Peramu
jalan ke depan dan belok kiri
Tengok. Rambang mata nak beli banyak mana?
Kalau tak silaplah dalam 5 batang  RM10.
Berbaloilah panjang keropoknya. Boleh tahan 1 hari dalam kereta.
So tak payah risau kalau perjalanan jauh.
Niat hati nak beli ikan parang tapi tak ada. Yang ada tamban pun sodap.
Keropok keping nipis dan rangup!
Kata penjual ni pencicah yang tutup merah lagi sedap. So kami beli yg ni &
rasanya tak mengecewakan
Lepas memborong keropok, perut pun dah berbunyi. Kami bergerak ke Restoran D'Jelira (GPS:3.795144,103.334827) yang terletak tak jauh dari situ. Tapi kenalah buat u-turn sebab restoran ni terletak sebelum Keropok Lekor Ghani Black. Restoran ni terletak sebelah kiri. Pagi-pagi memang penuh parking sebab restoran ni memang glamour pun. Nasi kerabu Kemira adalah menu utama. Ada juga menu lain macam nasi lemak, nasi berlauk, roti canai, nasi dagang, laksam, kuih-muih & sup pun ada. Pendek kata menu biasa yang melayu makan pagi-pagi.

Kalau dah nampak signboard ni betul-betul
seberang jalan. Restoran ke dalam sikit.



  
Nasi Kerabu Kemira. Tapi kami lebih gemar
yang warna biru. Memang rasanya best!!




Tak sempat nak ambil gambar sebelum. Dah kelaparan.
Sudahnya muka kekenyangan
Selepas breakfast, kami terus bergerak ke Bukit Gambang Waterpark. Sampai sini kena top-up melalui E-value either RM50, RM100 or RM200 sebab semuanya cashless transaction. Semua urusan jual beli dalam taman tema kat sini gunakan E-value. Kalau nak makanan & minuman, loker, pelampung, sewa Cabana dll.  All transactions are automatically deducted from a prepaid wristband. Tapi kami cuma ambil pelampung sebab kalau nak naik permainan yang ada gunakan pelampung. Kalau tak rugilah. Kami tak ambil loker pun. Kami letak beg kat cocoa beach (wave pool) sebab dekat dgn banyak permainan.

Ada wave pool & sand beach.
Operation Hours :
Isnin - Khamis
10:30 AM - 6:30 PM
Jumaat - Ahad, cuti sekolah & cuti am
9:30 AM - 6:30 PM
**TUTUP setiap hari SELASA KECUALI cuti sekolah & cuti am.
Baby ni 1 tahun setengah tapi tinggi
dah macam 2 tahun. Ukur dulu kalau tak
kena bajet. Tak lebih dari 90cm.
Untuk makluman di sini
"cashless transactions". 

Bincang nak top-up berapa guna E-value
Pilih ole-ole kenangan dulu sebelum masuk. Takut dah balik nanti
tak sempat pulak. Taulah kalau dah berendam. Fridge Magnet juga pilihan hati.
Kami sempat grab seluar mandi. Sebab ada yang terlupa nak bawa.
Untuk budak-budak ada Aqua Play. Ada ikan yang muntahkan air bila dah penuh & berat. Disebabkan hujan & terlalu sejuk. Tak dapat pun ambil gambar banyak. So sad :(. Tapi yang bestnya kami reda juga hujan nak main permainan yang ada.

Aqua Play. Duduk di bawah ikan tu. Tunggu anda disirami air dari muntahan ikan.
Hujan yg masih tak reda tak menghalang kami turun naik
bermain permainanan yg ada. Kalau tak rugilah dah bayar kan?
Bila lagi nak datang sini kalau tak dapat tiket free:)
Sesuai utk baby main pasir. Tgk senyuman pn dah tau.
Semua slide yg ada kami cuba. Hujan bukan penghalang. Tegar betul! Tapi tak dapat ambil gambar. Credit picture Bukit Gambang Resort City
6 Lane Racer ~ Tikar Aladin (Terpanjang di Malaysia).
Kami dah pernah cuba 
Sunway Lagoon. Sini lg best! Lebih 5 kali ulang.
Canopy Slide
Crystal Slide
Family Raft Ride. Seronok!!
Galaxy Slide. Terowong gelap.
Tempat yg harus ambil gambar sebagai kenangan 
Dalam pukul 6 petang, kami pun bertolak balik ke Kuala Lumpur. Insya'Allah kami akan datang lagi. Tak sempat nak singgah banyak tempat sebab hujan sepanjang hari. Niat hati nak bawa yang lain singgah Cherating & banyak lagi tempat makan menarik. Tak ada rezeki. Tapi yang penting percutian kali ni membawa 1001 kenangan yang bermakna dalam hidup kami. Sampai KL dlm berita tengok Kuantan & Gambang banjir teruk. Nasib baik sempat. Alhamdulillah.

Trip to Kuantan & Gambang. Here We Come! (Day 1)

Cuti akhir tahun 2013 masih banyak lagi. Apa lagi terfikirlah nak merancang percutian yang banyak kali tertangguh rasanya..Kami pergi tak lama.2D1N. Walaupun hujan 1 hari tak berhenti bayangkan...kami tetap enjoy percutian yg dirancang menjadi!!!
        

Perjalanan ke Kuantan hanya memakan masa 3 jam. Kami tak singgah mana pun sepanjang perjalanan..memang bajet time. Nak check-in hotel dulu. Lepas tu baru melantak. Hotel pilihan kami. Hotel Bajet sbb bukan 24 jam pun kami stay kat hotel. Hanya cari tempat utk tidur & yg penting selesa. Duit lebih yang ada bolehlah jalan2 cari makan atau beli ole-ole. Lagi bagus. Yang bagusnya Kosma Hotel ni walaupun Hotel Bajet. Nak parking pn senang & paling penting ada wifi free & Astro. Sangat dekat dgn bandar & hanya 

- 5 minit ke Megamall
- 5 minit ke Tanjung Lumpur
- 5 minit ke Pantai Teluk Chempedak
- 5 minit ke Zoo Teruntum

Layari http://www.kosma.com.my/hotel/budget.html maklumat lanjut. Kami booking melalui email & terus bayar pakai maybank2u. Ambil 1 bilik Standard Room (Melati) ~ 1 katil Queen RM55 & 1 bilik Family Room (Orchid) ~ 2 katil Queen RM95.  Toilet pun selesa.

Kosma Budget Hotel
Telephone: +609-5162214
Fax Line: +609-5145770
Email: budget@kosma.com.my

Alamat 
No. 59, Jalan Haji Abdul Aziz,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Selesa sangat..

Standard Room (Melati)
Family Room (Orchid)








Kami ke Pantai Teluk Chempedak selepas itu. Ingat nak merasa keenakan Hoi Yin Curry Laksa kat Jalan Teluk Chempedak tu. Tapi ramai sangat orang. Tempat duduk pun penuh & masih ramai lagi orang berdiri mencari tempat. So, lupakan. Kononnye nak mandi tapi biasalah kalau dah pergi bulan Disember kan musim tengkujuh. Dari jauh siap nampak bendera merah. So faham sendirilah masing-masing. Kami cuma ambil kesempatan bergambar dekat batu-batu kat situ dan beli ole-ole kenangan.
Disebabkan ambil gambar pak cik bagi diskaun fridge magnet
Ada peristiwa kat medan selera kat sini. Gerai 3 dari kiri. Wahai mak cik yang "budiman" kami tahu ni tempat pelancongan tapi kalau sekadar makan nasi berlauk hanya utk 5 orang takkan sampai RM50. Bila minta tgk kertas kecil yang die konon-konon conteng masa kire harga. Kertas sememangnye kosong. Pandainye berlakon & ambil kesempatan. Makanan serius biase je. Sebab kelaparan 1 kepala hanya ambil 2 lauk - sayur @ ikan/ayam goreng. takkan la sampai RM50. Air pn ambil air biaselah teh o'ais dll. Disebabkan peristiwa tu kami terus angkat kaki tak ada mood & terus balik ke hotel sbb nak sambung aktiviti petang nnt.

Port batu-batu kat Teluk Chempedak yang harus ada kenangan

Antara tarikan di sepanjang pantai
Setelah 4 jam berehat, kami bergerak ke Warong Paksu & Maksu arah ke Tanjung Lumpur & betul-betul berhampiran dgn Balai Polis Peramu. Fully recommended :) & dinasihatkan pergi awal. Kami datang pukul 3 pun sotong goreng tepung dah habis :(  Warung yang selesa utk bersantai sambil minum petang bersama keluarga. Ada laksam, nasi berlauk, pelbagai jenis kuih muih, air kelapa dan....dan yang paling best ada sotong, udang, ikan celup tepung. Fresh! Layan gambar baru tau..

Kalau nampak kereta berhenti parking tepi jalan
& nampak signboard ni. Dah betul tu.
Tengah menunggu udang & ikan goreng tepung
panas keluar dari kuali. Kalau tak tunggu depan ni.
Memang susahlah nak dapat!
Antara menu yang ada.
Ada pelbagai jenis. Datang sendiri nak senarai panjang beno!
Ini kami punya! Nak bagitau sata tu memang terbaik. Cuma pulut panggang
tu tak kena dgn tekak kami
Malam tu perut kami masih boleh diisi. Memang lapar tak taulah kenapa..hahahaha..Kalau ke sini tak lengkap kalau tak pekena ikan bakar & seafood. Apalagi kami ke Ana Ikan Bakar Petai yang glamour kat Tanjung Lumpur tu..Nasib baik kami sampai lepas maghrib & org tak ramai..Nak parking pun senang..order pun cepat sampai...tapi kalau sampai kat sini musim tengkujuh pilihan tak banyak sangat..tapi tak apa sebab ikan bakar kat sini 'rare'..Kami suka!!!Harga pun boleh tahan..

Dari Kuantan nampak signboard di seberang kanan jalan
Tengok sotong giant ni...terliur pulak :)
Muke masing2 lapar mengatasi mengatuk :o
Menu pilihan kami :

Ikan Siakap Bakar Petai...memang rare & terbaiikkkkkkkk!!!!!
Lala Masak Pedas
Kailan Ikan Masin
Sotong Masak Kicap. Semua bercili kan?
So, kami ambil menu biasa tapi rasa yang istimewa
Abaikan yg sudah terlena dibuai mimpi di pangkuan...Dan kesudahannya --------------------------------------------------------------------------------------------->

Selesai.!!!!Licin!!!
Nur Dayana (Anak Wayang) yang
berlakon Drama Selipar Jepun Suria
  kat Astro Prima 
Siap kata nak ambil gambar bayo dulu.
Baru boleh? ~Abby Yus
Hujan masih belum reda malah bertambah lebat.... Maka kami pun nak berangkat balik..Ternampak pulak 2 artis ni. Dorang ni sibuk nak bergambar layankan aje. Disebabkan mata macam ada gam, kami redah juga hujan yang terlampau lebat yang nampak gaya tak akan reda & seterusnya lena diulit mimpi...


Bersambung....
Trip to Kuantan & Gambang...Here We Come! (Day 2)