Selepas destinasi Kuantan & Gambang, kami ke destinasi terdekat iaitu Taman Rama-Rama Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kepesatan Ibu Kota Kuala Lumpur di Jalan Cenderasari. The Kuala Lumpur Butterfly Park is located right behind the Masjid Negara. Bayaran masuk hanya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Kami ke sana selepas habis event larian di Padang Merbuk.
Bagi kami, hanya orang-orang yang menyukai serangga akan teruja bila melawat ke tempat ni. Rasanya tak terfikir bentuknya yang pelbagai. Terasa keindahan ciptaanNya. Bagi yang bawa anak-anak kecil, tak disarankan bawak stroller ya! Tempatnya agak berbukit & tak rata.
Mula-mula nak pegang, lepas tu.... |
Uweeekkkkk......mama.... :'( |
Dah alang-alang sampai ke sini, kami teroka segala genap kawasan yg ada. Dah nama pun berjalan kan?Pandangan nan hijau dari atas amat memukau pandangan kami. Hilang segala tekanan yang ada bila lihat indahnya kehijauan & ciptaan Tuhan yang ada di sini.
Tengok! Terujanya dia. Rama-rama yg ada di sini pelbagai warna & spesies |
Hijau kan? |
Bapa yg terlebih teruja dari anak |
Disebabkan balik dari event larian, pakaian kami mcm nak ber'jogging' |
"Abah, ni..ni...dia pelik sebab selalu tengok nyanyau (kucing) |
Kura-kura tu pun pelik tengok dia...hahahaha.. |
Ok..kalau bunga saya suka! Sebab saya gegurl! |
Ni macam port berehat..tapi dia ingat playground |
Selepas melawat kawasan luar, kami memasuki ruang pameran yang ada pelbagai jenis serangga dan haiwan eksotik. Tapi tak ambil gambar sebab sangat teruja (sebenarnya geli) sebab pelik-pelik jenis & rupanya.
Dan semestinya fridge magnet sebagai kenangan di akhir lawatan sambil belajar yang agak singkat tapi pelbagai ilmu dan pengalaman yang tak dapat kami lupakan.
Mama, yg rupa mcm ni pn ada. Mungkin itu yg dia fikirkan. |
Orang cari fridge magnet. Dia sibuk nak try yang ni. |
No comments:
Post a Comment