Tuesday, 4 February 2014

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur

Selepas destinasi Kuantan & Gambang, kami ke destinasi terdekat iaitu Taman Rama-Rama Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah kepesatan Ibu Kota Kuala Lumpur di Jalan Cenderasari. The Kuala Lumpur Butterfly Park is located right behind the Masjid Negara. Bayaran masuk hanya RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Kami ke sana selepas habis event larian di Padang Merbuk.


Bagi kami, hanya orang-orang yang menyukai serangga akan teruja bila melawat ke tempat ni. Rasanya tak terfikir bentuknya yang pelbagai. Terasa keindahan ciptaanNya. Bagi yang bawa anak-anak kecil, tak disarankan bawak stroller ya! Tempatnya agak berbukit & tak rata. 
Mula-mula nak pegang, lepas tu....
Uweeekkkkk......mama.... :'(

Di bhgn tengah taman ni ada kolam yg buat 
si kecil teruja!
Kuntuman bunga ni disembur dgn 10%
madu + 90% air sbg makanan tambahan kpd
rama-rama dewasa sekiranya berlaku
kekurangan manisan asli dari bunga hidup
Dah alang-alang sampai ke sini, kami teroka segala genap kawasan yg ada. Dah nama pun berjalan kan?Pandangan nan hijau dari atas amat memukau pandangan kami. Hilang segala tekanan yang ada bila lihat indahnya kehijauan & ciptaan Tuhan yang ada di sini. 
Tengok! Terujanya dia. Rama-rama yg ada di sini pelbagai warna & spesies
Hijau kan?
Bapa yg terlebih teruja dari anak 
Disebabkan balik dari event larian, pakaian
kami mcm nak ber'jogging'
Bukan sahaja rama-rama malah pelbagai jenis serangga dan haiwan yang ada kat sini. Landskap kat taman ni tak mengecewakan sebab kami adalah pecinta alam semuladi.

"Abah, ni..ni...dia pelik sebab selalu tengok nyanyau (kucing)
Kura-kura tu pun pelik tengok dia...hahahaha..
Ok..kalau bunga saya suka! Sebab saya gegurl!
Ni macam port berehat..tapi dia ingat playground
Selepas melawat kawasan luar, kami memasuki ruang pameran yang ada pelbagai jenis serangga dan haiwan eksotik. Tapi tak ambil gambar sebab sangat teruja (sebenarnya geli) sebab pelik-pelik jenis & rupanya. 

Dan semestinya fridge magnet sebagai kenangan di akhir lawatan sambil belajar yang agak singkat tapi pelbagai ilmu dan pengalaman yang tak dapat kami lupakan.
Mama, yg rupa mcm ni pn ada. Mungkin itu
yg dia fikirkan.
Orang cari fridge magnet. Dia sibuk nak
try yang ni.